Tuesday, May 13, 2008

4: Mimpi itu panjang

Aku rasakan seolah-olah baru terkeluar dari mimpi yang panjang. Kehidupan yang sudah jadi memori itu, there were just fleeting moments of emotions and actions. Aku menoleh ke belakang, bagaikan melihat satu persatu helaian gambar... bertukar-tukar. Helaian demi helaian demi helaian. Aku seakan terdengar tawaku dahulu, dan juga mereka. Tangisku yang unpredictable dan jarang-jarang itu. Kata hati yang tak pernah aku luahkan. Semuanya bergema, mendesingkan telinga. Suara-suara yang menghantui..

This world is making more sense now. Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Kau izinkan aku terus disini sehingga aku bisa memahami segala apa yang telah berlalu... sungguh ku akui aku tak faham, dan tak pernah cuba memahami sebelum ini.. fikiranku tertutup.. lantas bila aku dicampakkan keseorangan, aku futur tanpa aku sedari... futur yang lama dan sesat jauh... jauh sekali.

Aku sudah tidak kenal diriku. Fahamanku berselirat dan fikiran kacau-bilau. Lantas bagaimana harus kuucapkan syukur Ya Rabbi .. kerana kau masih izinkan aku bernafas disini.. dan satu persatu serabut terurai, You enlighten me... sudah terang dan bersuluh jalan ini.

No comments: