Thursday, March 1, 2012

228: Sama

The whole family is ill right now. Mama, Sol, Hayat are having fever. Abah and Hanaa are recovering. Me? alhamdulillah bi khayr, semoga tak berjangkit. Semoga penyakit menghapuskan dosa-dosa dan memberi pengajaran untuk kita semua bersyukur dengan nikmat sihat, dan nikmat sakit tu sendiri... Doakan ye semua utk semua ahli kuarge yg tidak sihat!

--

Saje update nak cerita these funny incidents (entah, tak funny actually tapi menarik haha).

Situation 1

I was sitting with few girls from the green team watching a bola baling match when they started talking.

Budak form 4: (Speaking to her friend) Eh, ko pasan tak muka cikgu ni macam kak aliya.

Kawan dia: Kak Aliya mana pulak ni?

Budak form 4: Ala, ingat tak masa kita kem KBM tu.. kak Aliya yang fasi tu..

Me: Eh, KBM? Aliya mana? Khairuddin ke? Tu adik cikgu la...

Budak form 4: Yeke??? patut lah! dari hari tu saya nak tegur cikgu, ingatkan Kak Aliya, tapi nampak cam lain..

Situation 2

Sedang di bilik guru, budak perempuan ni tgk cari cikgu lain, nampak saya then terus dia approach (I also teach her so penah nampak la dia)

Budak form 2: Cikgu ada adik nama nuha ke?
Me: (dlm hati: er, tetibe je, so random) Ha'ah, ade.. nape?
Budak form 2: Muka cikgu sama giler ngan dia.. saya kawan dia masa tadika. Dia tak ingat saya dah kot.

Conclusion:
Muka saya comel macam budak enam tahun.

---

Heh, takdela. These situations just fascinate me. I mean, sebelum ni I tak pernah rasa yang kami adik-beradik muka sama. We 11 siblings adalah adik-beradik yang semua muka lain-lain.. haha.. I tak pernah rasa yang muka cam adik-beradk lain except dengan Hanaa sebab kami berdua je very chinese look. Tapi akhir-akhir ni ramai betul org tegur cakap muka sama.. haha, mana yg samanya??

Yang tak tahannya, betapa besarnya dunia, betapa ramainye orang, derang ni boleh teka spot-on the right person .. same sangat ke? hihi

Anyway, subhanallah... mmg menakjubkan... :D

Wednesday, February 1, 2012

227: New Phase

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillahirabbil alameen ...

Nampaknya first post untuk 2012 ni dah tertangguh hingga sudah masuk Februari! Heee, sedang mencari mood untuk update. Sangat banyak yang ingin dikongsi. Boleh dikatakan bulan lepas adalah bulan air mata. Hihi. Tapi saya okay.

Awal tahun 2012 juga menandakan perubahan pelbagai fasa dalam hidup saya. Alhamdulillah, setelah habis KPLI Disember lepas, saya berpeluang merasa hidup bersama suami tersayang selama lebih kurang sebulan. Memang sudah positif akan duduk bersama. Semua barang-barang dari JB diangkut bersama ke Melaka. Mahu membina keluarga yang normal macam orang lain. Mula dari bawah sebagai suami isteri di rumah sendiri. Ber'PJJ' selama lebih 6 bulan sudah cukup meletihkan saya rasa. Sangat-sangat excited mahu memulakan hidup baru. Biar jauh dari keluarga, biar susah, yang penting bersama. (Walau pada hakikatnya takdelah susah mana, umah dah ada, kereta dah ada, makan pakai cukup segala hihi).

Namun hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua kan? Saya tidak menyangka posting kerja saya sangat awal. Tapi fasa pre-PRU ni, semua benda dicepatkan. Mahu dianggap efisien kah? mendengar rintihan rakyat kah? atau apa-apa aja. Jika posting awal takpe juga, saya okay je mahu bekerja. First time ma, mestilah excited nak kerja. Tapi saya langsung tak menyangka posting di JB semula.. back to the old routine.

Saya tahu ini yang terbaik dari sisi Allah. Alhamdulillah. Walaupun saya sangat sedih dan letih sebab harus berPJJ lagi, tapi at least saya masih dijaga. Mungkin ini tarbiyyah Allah yang mengatakan ada something yang masih belum settled antara kami. Kesabaran yang masih belum terdidik, taaruf yang masih belum lengkap. Entah. Tak tau. Tapi yang pastinya, harus belajar dan terus belajar merenung kehidupan. Kenapa dan mengapa taqdirNya begini dan begitu. Saya redha, sungguh. .. and things aren't so bad.

Saya harus tabah juga. Demi perkahwinan ini. Demi baby dalam kandungan ini. Orang kata, baby akan mewarisi sikap ibu semasa dia dikandung. Huaaa.. risau juga baby ni nanti asik nak menangis. Hehe. Tapi ummi harus kuat. InsyaAllah although I cry at times, but I am very positive insyaAllah. And I really miss u baby. Tak sabar nak lihat wajah baby. Anak ummi dan abi...

Speaking of that, yes I'm 15 weeks pregnant right now. Alhamdulillah, so far pregnancy is okay for me. I mean, my morning sicknesses aren't so bad. Masih okay lagi walaupun sedang nak adapt dengan working environment. Letih memang terasa, and makan mesti kene jaga. Tak makan je mesti rasa macam nak pitam.

Pregnancy juga mengajar saya erti tawakal yang sangat. Peh, mmg seriously takada kuasa nak jaga baby yg so close to you, even if it's inside you. Tak boleh buat apa-apa kalau anything is to happen. Trauma keguguran (October lepas) masih bersisa. Setiap hari memang terasa kerisauan. Alhamdulillah. Ini juga tarbiyyah taqarub ilallah. Sentiasa bergantung kepada Allah. Doa sangat-sangat Allah pelihara bayi yang dikandung. Semoga diberi kesempurnaan fizikal, mental serta akhlak terutamanya. Semoga diri ini tak mengabaikan amalan fardhiyyah dan tarbiyyah serta dakwah. Menjadi ibu yang berusaha sedayanya. InsyaAllah. Takut takut dan takut. Tapi itulah, Allah memaksa diri ini bergantung padaNya...

Okay.. semoga semua orang terus positif!!!!