Tuesday, February 4, 2025

273: Umrah DIY M&M (The Journey) - Part 1

21 January 2025

Jam 10.30 pagi, mama hantar kami berdua suami isteri ke JB CIQ. Bas yang ditempah untuk ke Changi Airport jam 11.15 pagi. Ingatkan awal lah juga kami sampai rupanya proses untuk imigresen kat dalam tu boleh tahan jauh perjalanannya. Semput juga kami membawa 2 big luggages tapi Alhamdulillah sempat juga naik bas jam 11.05 am. 

Moral of the story, kene lebih awal lagi bila melibatkan immigration. Nak ke Changi Airport bukan stakat naik bas. Kene lepas custom Malaysia dulu baru sampai bas. Bila dah naik dan bas jalan, rileks sekejap. Sampai Woodlands CIQ kene turun bas, dan perlu bawa keluar sekali semua luggages utk discan melepasi custom. Kesimpulannya untuk berdua dan luggage tak banyak, ok je naik bas ni. Tapi kalau dengan family, better sewa transport je dari JB terus ke Changi.

So kami sampai Changi Airport Terminal 1 around 12.30 pm. Awal juga. Kaunter check-in buka 3.30 pm. Kami naik skytrain ke Terminal 2 kemudian lepak di Viewing Hall ada banyak seats kat situ. Nak solat pun semua prayer area hanya ada lepas Passport Check. So nak tak nak, tunggu je la sampai 3.30 kat situ. Makan bekal bibik bagi dan baca buku. Nak jalan-jalan Jewel dah takde hati sebab anxious. 

Tepat 3.30 kami terus ke kaunter Etihad untuk bag drop sebab kami dah check-in online the day before. Bagus check-in online early, dapat seat best walaupun free dan tak perlu beratur panjang di kaunter check-in. Settled bag drop, kami terus ke passport control and ke transit area of Terminal 2 untuk cari prayer room.

Prayer room agak tersorok tapi selesa. Ada tempat wudhu dan dekat dengan toilet. Toilet ada bidet so mudah nak istinjak. Settled solat kami terus ke terminal departure tapi kami cari Snooze Lounge dulu untuk dapat seat yang selesa dan tempat charge phone. Rehat lagi sampai around 5.30 pm baru kami gerak ke gate E27 sebab boarding time 6.30 pm.

At last around 6.50 pm baru kami boarding the flight. Flight berlepas tepat jam 7.25 pm.

After around 7 hours, kami sampai Abu Dhabi.. waktu Abu Dhabi jam 11.20 pm. Beza 4 jam dari Malaysia/Singapore. Di Abu Dhabi kami cari prayer room dulu. Lebih sangat selesa berbanding di Changi. Ada connected toilet dengan prayer room dan ada bidet sprayer, macam toilet Malaysia. Kalau Singapore, bidet dia yang kene adjust kat toilet bowl tu, susah sikit nak aim, haha. 

Lepas selesai solat Jama' Ta'khir Maghrib Isya, husband tukar pakaian Ihram. Ada shower juga tapi toilet tu jauh dari Terminal departure kami. Di Terminal departure ada juga prayer room tapi tak connect dgn toilet. Tapi toilet banyak je dan dekat. So husband je tukar ihram, I still dengan pakaian dari rumah JB. Just bersihkan diri yang wajib-wajib je.. gosok gigi etc. Transit ni 3 jam, jadi sangat sempat nak khidmat diri untuk bersedia ihram. Mula-mula rasa awkward juga sebab tak nampak orang lain tukar Ihram. Tapi kene yakin je lah, yg nak ibadah diri sendiri.. takyah sibuk ttg orang lain.

Tapi bila nak naik flight baru lah nampak ada dalam few people lagi yang berpakaian kain ihram juga. So lega. Hihi.

22 January 2025

So jam 1.35 pagi kami board flight, jam 2.20 pagi flight berlepas ke Jeddah. Dalam stgh jam sebelum sampai Qarnul Manazil, ada cabin crew buat pengumuman untuk siapa nak buat umrah boleh bersedia. Semasa lalu Qarnul manazil pun ada pengumuman. Maka berniat ihramlah kami masa tu. After 3 hours flight, sampailah kami di Jeddah Airport. Waktu tempatan 4.20 pagi. Beza sejam dengan Abu Dhabi.

Selesai immigration dan luggage claim dalam jam 5 pagi. Kami decide untuk tunggu subuh di Jeddah je sebab perjalanan ke mekah sejam lebih. Takut habis subuh je nanti. So kami tunggu Subuh jam 5.40 am. Around 6 am setelah selesai solat kami book Uber. Di arrival airport Jeddah dah siap ada uber pick up area. So mudah je nak di pick up. 

Jam 7.30 am kami tiba di hotel Osturat Emaar. Hotel ni terletak di area Mahbaz Jin, Alaziziyah. Dekat je dgn pedestrian Tunnel .. sebelah Tunnel tu dah Masjidil Haram. 

Kami ke reception but dia kata paling awal boleh check-in jam 12pm. So kami tumpang dulu luggage di lobby, dan dalam 8 am terus cari shuttle bas nak ke masjid. Dari hotel kami, nak ke shuttle bus kene ambil jalan terowong betul-betul depan hotel, terowong ni bawa kami melintas jalan besar dan terus ke bus stop shuttle bus. Orang di reception kata boleh ambil mana-mana je bas yang ke arah Alharam. Bas memang banyak dan kerap. Saya timingkan perjalanan shuttle bas tu hanya 2 minit dah sampai bus stop di Masjidil Haram.

Sampai je bus stop, kami perlu jalan sedikit dalam 300 m baru sampai ke pintu babus salam. Tapi untuk first time tu, kami dah janji dengan kawan untuk buat umrah bersama. Jadi kami janji berjumpa dulu di depan KFC clock tower. Dari Babus Salam tu kene jalan pusing ke depan lagi.. so kami akan mula masuk nanti gunakan pintu 79. 

Untuk masuk ke mataf hanya guna pintu As-Salam dan Pintu King Abd Aziz (79) tu je. Wajib pakai ihram. Selain pintu tu, takkan sampai ke mataf. Hanya dalam atau rooftop masjid je. 

So kami tunggu kak Intan and family yang sudi membantu dan guide umrah pertama kami. Mereka dah ada di mekah beberapa hari, jadi pagi tu mereka perlu ke Masjid Aisyah di Tana'im dulu utk berniat di miqat. Dalam jam 10 pagi bila mereka sampai baru kami gerak bersama-sama ke dalam masjid melalui pintu 79.


Monday, February 3, 2025

272: Umrah DIY M&M (Belanjawan)

 11 Nov 2024

  • Beli ticket from Trip.com
  • Etihad Airways
  • RM 5474 for 2 pax
  • 21 Jan 2025: Singapore - Abu Dhabi (3hr Transit) - Jeddah
  • 30 Jan 2025: Jeddah - Abu Dhabi (24 hr transit) - Singapore
  • Banyak buat survey guna different platform seperti skyscanner.com , airasiamove, etc.

16 Nov 2024
  • Book Osturat Emaar (Hotel Mekah) via Trip.com
  • 22 Jan - 27 Jan
  • Total: rm491.45 for 5 nights
  • Hotel ni kalau ikut jarak, jauh juga dari Masjidil Haram. Tapi kawasannya penuh dengan hotel so memang ada bus stop free shuttle bus yang sentiasa ada. Only 2 mins ride to masjid. Bus sangat banyak dan kerap. Bus akan drop dekat area bukit Marwah so kalau nak masuk mataf terus ke Bab As-Salam. 

22 Nov 2024
  • Renew passport Mai , and buat passport baru Mahizal di UTC Johor Bahru
  • RM200 per person. Plus rm5 untuk cover passport yang wajib dibeli. 
  • Untuk renew, submit application online dulu dan bayar online. Ada line khas untuk org yang renew online, so cepat je.
  • Untuk buat baru, jam 6 pagi patutnya boleh ambil nombor queue guna apps. Kami tak tahu ada sistem tu tapi nasib baik dapat juga nombor sebab awal. Ramai yang kena balik sebab nombor habis. 
24 Nov 2024
  • Beli Takaful Etiqa TripCare 360
  • Guna apps MAE
  • RM109.12 untuk self + spouse. Ada package lagi mahal tapi ambil yang minimum je.
  • Perlu beli awal sebab nak submit permohonan ke luar negara perlu info insurans. 
29 Nov 2024
  • Book AirBnb (Accomodation Madinah)
  • 27 - 30 Jan
  • Total: rm414.41 for 3 nights
  • Mula-mula ada book hotel di Madinah, but satu malam dah 300++, jadi fikir2 balik, kami cancel dan book Airbnb. Airbnb ni jauh sikit dari Masjid Nabawi but because only 2 of us young couple, sangat sesuai. 1 km walk to Masjid Nabawi each time. Not so bad, cold weather, flat route, many shops kiri kanan, tak terasa penat. Highly recommended. 

30 Nov 2024
  • Hantar permohonan ke luar negara bagi penjawat awam
  • Dokumen yang perlu:
    1. Borang permohonan (edit guna words utk letak details)
    2. Maklumat insurance (print Polisi takaful)
    3. Salinan IC
    4. Salinan passport
    5. Salinan ticket flight
  • Maklumat visa tak perlu, jadi kami tangguhkan permohonan visa dalam 2 minggu sebelum flight sebab nak panjangkan tempoh validity. Tak boleh lambat sangat juga sebab nak book slot Raudhah apps Nusuk perlu awal, nanti tak dapat slot.
  • Permohonan ke luar negara dapat kelulusan 15 Disember 2024.
4 January 2025
Attended Kursus Umrah oleh Fa Izin Travel di Jalan Padi Emas Bandar Baru Uda. Actually banyak sgt kursus Umrah percuma tapi kebetulan minggu tu yang Tabung Haji dan Andalusia semua penceramahnya Ustazah. Jadi pilih yang penceramah lelaki. Search je di FB. 

Ustaz penceramah sangat bagus dan mengalu-alukan sesiapa je yang nak kursus. Takde persoalkan bukan dari agensinya pun atau DIY. Siap dapat buku panduan umrah percuma.

5 January 2025
  • Vaccine injection Meningococcal
  • RM140 perpax
  • Klinik Mutiara di Taman Mutiara Indah, Johor Bahru. Ni paling murah kami survey kawasan JB. Dapat buku vaksin kuning.
6 January 2025
  • Apply visa tourist online https://visa.visitsaudi.com/
  • RM488 per pax
  • Mudah je, yang penting pastikan semua maklumat betul. Gambar passport ambil sendiri, edit background guna canva. Crop size seperti dimension yang web nak.
  • Dah ada visa boleh book terus slot Raudhah di apps Nusuk. Kalau lambat masuk waiting list atau tak dpt slot langsung. Nanti di sana perlu book via Instant Track kalau ada rezeki. 
  • Slot Umrah pun boleh book. Tak wajib tapi bila selesai umrah dan ziarah Raudhah, boleh generate sijil cantik.
7 January 2025
  • Apply Alkhairi Care (medical card)
  • Lite package RM70 per pax
  • Apply via agent thru Whatsapp +60 14-304 1434

20 January 2025
  • Beli ticket shuttle bus via Redbus apps
  • RM13 per pax
  • JB CIQ - Changi Airport 
  • Kami ambil flight ticket dari Changi sebab memang duduk di Johor. Ikut kesesuaian masing-masing. Kemudian naik bas sebab berdua je, kalau dengan family dan banyak luggage, boleh consider sewa Starex atau setara. 
  • Changi - JB masa balik mahal sikit sebab harga dalam dollar, total rm70 untuk 2 orang. 
21 January 2025
- Pagi-pagi sebelum berangkat, activatekan kan roaming di apps Celcom kami masing-masing. Memang dua-dua guna Celcom. 
- RM98 per pax.
- kami fikir roaming paling mudah dan cost effective disebabkan kami akan transit 2 negara lain, Singapore dan UAE. Jadi tak perlu beli banyak sim card dan tak perlu setting phone. Masuk negara lain je auto phone akan roaming. Line mostly okay je sentiasa. Kadang-kadang je slow. Data tak pernah habis walaupun limitnya 3GB sehari.

Ground Transportation Cost: 
Kami tak beli ticket bas / train Mekah - Madinah, Madinah - Jeddah until last minute. Not recommended to follow. Beli awal dapat harga murah. Kami dok mengharap train ada harga offer, but no, makin lama makin mahal je. So ended up naik bas utk trip yang jauh tu. Harga bas pun kira tinggi juga, kalau beli awal mungkin dapat lebih murah.

Bas Darb Al Watan (Mekah - Madinah): SAR75 perpax

Bas Northwest (Madinah - Jeddah Airport): SAR89

Uber sepanjang di sana:
Jeddah airport - Hotel Mekah =SAR138. 98
Alka'kiah - Hotel Mekah= SAR27.92
Bus Stop Madinah - Airbnb = SAR21.94
Masjid Quba - Jabal Uhud = SAR20.94
Jabal Uhud - Airbnb = SAR14.90
Airbnb - Bus Stop Madinah = SAR22.90

Teksi Sapu:
Jabal Nur pergi balik SAR40
Masjid - Alkakiah SAR40
Hotel - Jarwal Bus Station - SAR20

Untuk yang tak mahir berbahasa arab, bagus guna uber je sebab tak perlu pening-pening nak explain destination. Tapi ada masanya terpaksa juga ambil teksi sapu sebab peak hours seperti selepas waktu2 solat di masjidil haram, susah nak dapat uber. So kene mindset bergaduh sikit dgn pak arab.

Trip Taif 25 Jan 2025, join group DIY satu bas.
SAR100 perpax. 

Perbelanjaan lain, of course banyak shopping keperluan di sana haha. Tapi banyak juga yang tak digunakan. Ada juga yang benar-benar berguna. Untuk items2 ni rasa kene buat post lain. 

Total expenses di atas ni utk 2 orang ialah RM9581.76 . Kalau yang dah ada passport atau visa boleh jimat lagi. 

Untuk shopping souvenir dan makan yang tak berapa ekonomi (sebab saya teringin nak rasa macam-macam makanan), kami peruntukkan dalam RM2000. Itu selesa lah. So total incl makan shopping is RM11581.76.

Jadi kos perpax untuk umrah DIY kami termasuk makan dan shopping dalam RM6000 seorang lah. Boleh la budget kalau berminat nak cuba DIY.

Variables kat sini yang terbesar ialah flight tickets. Kalau pergi ber3, atau 4, akan lebih jimat dari segi ground transportation dan accomodation. Kami pergi berdua je suami isteri, so selesa dapat bilik berdua sahaja dan bebas ke mana2 dengan itinerary sendiri. 

Untuk keep track perbelanjaan, saya banyak gunakan Wise Card. Tukar duit SAR500 je di Malaysia. Kemudian di Mekah ada keluarkan SAR500 sekali, dan di Madinah SAR300 kedua2nya dari Wise. Rate Wise lebih rendah dari money changer. Uber saya link dengan card BigPay. 

Anyway, untuk DIY, yang penting masing-masing perlu berani dan banyak menuntut ilmu dari segi pembacaan dan tanya orang yang lebih berpengalaman. Mesti belajar! Jangan main hentam saje sebab perkara melibatkan ibadah.. ada rukun dan pantang-larangnya. Tempat ziarah pun banyak sirah disebaliknya, jika tak baca atau tak belajar, sangat rugi, tak dapat menghayati ibadah, dan ziarah. 

Wednesday, January 1, 2025

271: Happy New Year!

It's 2025!

Memang la setahun satu post aje. 

On 1st Jan 2024 I started my weight loss journey. Masa tu memang determined, okay, 1 Jan start! Target masa tu was normal BMI. Mind you, I never had a normal BMI since my teenage years. So it would be a challenge for me. I was thinking there was no better time to start, because my 2 year old had weaned off and I didn't have any plan to expand the family more in the near future!. 2024 was a year to divert my focus to myself more.

So I started. Early weeks was quite okay. I was discipline, lazy keto regime. The first 5 kgs was quite easy. Then after 2 months things been difficult. But I was still determined. If I cheated, I started again. I said to myself I would never give up on myself.

I realized I lack self-control. Woman is emotional being. We eat not just because we are hungry, but it fills our emotional needs. We eat not only because the food nourish us, but we want to experience the taste, the dopamine release by consuming all the foods. So I was battling with my emotions most of the time. But I tried to not be harsh to myself. When I swayed, I went back to the path again. Again and again, and again. I pledged not to give up on myself.

So, one year on, the net weight loss is 10 kg. It wasn't much, but it's a progress. I saw progress, though slowwww. I saw result, though still far from my initial target.

We are starting again, today!!

It's 1 January 2025. So we are targeting another 10 kg. Go me!