Wednesday, July 30, 2008

21: Istiqamah

Assalamualaikum..

Saya sedang mencari mood utk mengupdate kembali..

A thought to ponder..
"Kalau kita buat sesuatu kerana semangat, semangat akan hilang.. jadi buatlah kerana kefahaman.. it will hold us up when the enthusiasm fades away.. and InsyaAllah, with time and continuous reminders, the enthusiasm will come back again.. Al-FAHMU.. that's the most important thing.."

Menjamin keistiqamahan.. insyaAllah..
Hanya kerana redha-Nya

Teguhkan aku..

Friday, July 18, 2008

20: Hasanah & Suhail



Assalamualaikum..
wah wah.. saya sedang teruja sekarang.. first time kami dapat ipar-ipar nih..

To my family, nak gambo2 lagi pleaseee... ini pun curik dari blog piah.. huhu, pathetic nye la hai..

Tahniah Hasanah & Suhail.. semoga rumahtangga ini diberkati..

Hanya dapat mengharap dari jauh ~ ;)

nak gambo mak abah n hanaa gak yg kat cairo..

nak nak nak..

Monday, July 14, 2008

19: Winter Break


Subhanallah. Lawa kan?
Satu hari di musim sejuk :) yang boleh tahan sejuknyeee.. cuma takde snow, and pokok tu bukan seasonal.

Maaf quality gambar tidak berapa baik, taken using my cameraphone only. I left my camera at a friend's house. Tak ambil2 lagi..

Winter is here. Actually since 2 weeks ago. And Alhamdulillah, dapat ku penuhi dengan perkara-perkara yang diharapkan will be counted as amal dan dianugerahi pahala dan rahmat-Nya.. which I need really2 badly.

Ada lagi 2 minggu sebelum kelas bermula kembali. Result exam hari tu pun dah dapat. Alhamdulillah semuanya ok belaka.

Winter kali ini, aku belajar tentang keyakinan. Dari segala segi atau perspektif. Thank You Allah, Thank You Allah.. and I still have a looooong way to go. Still so many jahiliyah to be thrown away.. so many kotoran2 degil di hati to be cleansed.. guide me throughout.. never leave me.. not even a second, or even less than that..

Something I made..
Let us all.. Fastabiqul Khairat!
(click to see a larger version.. email me if you want a larger2 version, for printing purposes or nething).. hak cipta milik Allah..

Wednesday, July 9, 2008

18: Gerhana ini

Tiba-tiba cahaya hilang
yang tinggal hanya hitam

Sang burung bertempiaran
mencari sarang..

Si anak singa mengkerekot
Mahu sembunyi
dalam luas yang sedia gelap...

Sang khinzir yang buta
selesa terus dalam kejijikan
tidak hirau akan gelap
kerana tidak kenal indahnya terang

Kukira siang masih panjang
mata ini masih belum saksikan cahaya senja!
mana mungkin malam sudah mengheret kelam..

--

Persada suci dikotori
memalit pendukung dengan najis kebatilan
busuk dan tengik
Lantas persada itu tak layak lagi menyanjung Al-Haq
dalam tangis tak rela kita serahkan
namun sesungguhnya,
Yang maha Benar itulah
Yang juga maha tahu!

Tanah Al-Quds tak akan mengeluh
Selagi tapak-tapak tak berhenti menggemakan bumi
Selagi kaki-kaki intifadha terus berlari, dirasai..
kerana bukankah itu degupan nadi Al-Aqsa?
selagi terdengar, selagi itu harapan terus bertakhta
menghangatkan seluruh darah perjuangan satu dunia

Biar parasit itu terus melingkar
ke setiap urat daun kuntuman-kuntuman lili
Biar kelopak-kelopaknya ditanggal satu-persatu
Biar dipijak dan dilumat sampai hancur..
kerana bukankah wangian lili itu
kan terus bersatu dengan angin lembut sarajevo..
membekal kehidupan buat bosniak yang menghirup
dan dihidu serbia laknat, kan menggelepar mati!..

Langit Kabul masih setia
merindukan layang-layang yang menari berperasaan
walau banyak, masih ada berenang-renang di awangan
bebas dalam penjara bunyi-bunyi dentuman

Harapan takkan mati
Walau beribu nyawa difitnahkan atas nama kuasa
dan langit akan terus merindu..
kerana hujanan bom yang merobek tanah kandahar
walau ia membunuh jiwa, walau seluruhnya,
ia memantulkan rahmat kesedaran
terus diresap menjadi kekuatan
takkan bisa sirna
kerana janji pengabadian
dari-Nya
selamanya!

----

Dan..
Kegelapan ini pasti akan hancur..
dan alam ini, akan disinari fajar lagi..



Completed on the 3rd of July,
minutes before being read during Hari Ummati 2008
Melbourne, Victoria