Wednesday, February 1, 2012

227: New Phase

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillahirabbil alameen ...

Nampaknya first post untuk 2012 ni dah tertangguh hingga sudah masuk Februari! Heee, sedang mencari mood untuk update. Sangat banyak yang ingin dikongsi. Boleh dikatakan bulan lepas adalah bulan air mata. Hihi. Tapi saya okay.

Awal tahun 2012 juga menandakan perubahan pelbagai fasa dalam hidup saya. Alhamdulillah, setelah habis KPLI Disember lepas, saya berpeluang merasa hidup bersama suami tersayang selama lebih kurang sebulan. Memang sudah positif akan duduk bersama. Semua barang-barang dari JB diangkut bersama ke Melaka. Mahu membina keluarga yang normal macam orang lain. Mula dari bawah sebagai suami isteri di rumah sendiri. Ber'PJJ' selama lebih 6 bulan sudah cukup meletihkan saya rasa. Sangat-sangat excited mahu memulakan hidup baru. Biar jauh dari keluarga, biar susah, yang penting bersama. (Walau pada hakikatnya takdelah susah mana, umah dah ada, kereta dah ada, makan pakai cukup segala hihi).

Namun hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua kan? Saya tidak menyangka posting kerja saya sangat awal. Tapi fasa pre-PRU ni, semua benda dicepatkan. Mahu dianggap efisien kah? mendengar rintihan rakyat kah? atau apa-apa aja. Jika posting awal takpe juga, saya okay je mahu bekerja. First time ma, mestilah excited nak kerja. Tapi saya langsung tak menyangka posting di JB semula.. back to the old routine.

Saya tahu ini yang terbaik dari sisi Allah. Alhamdulillah. Walaupun saya sangat sedih dan letih sebab harus berPJJ lagi, tapi at least saya masih dijaga. Mungkin ini tarbiyyah Allah yang mengatakan ada something yang masih belum settled antara kami. Kesabaran yang masih belum terdidik, taaruf yang masih belum lengkap. Entah. Tak tau. Tapi yang pastinya, harus belajar dan terus belajar merenung kehidupan. Kenapa dan mengapa taqdirNya begini dan begitu. Saya redha, sungguh. .. and things aren't so bad.

Saya harus tabah juga. Demi perkahwinan ini. Demi baby dalam kandungan ini. Orang kata, baby akan mewarisi sikap ibu semasa dia dikandung. Huaaa.. risau juga baby ni nanti asik nak menangis. Hehe. Tapi ummi harus kuat. InsyaAllah although I cry at times, but I am very positive insyaAllah. And I really miss u baby. Tak sabar nak lihat wajah baby. Anak ummi dan abi...

Speaking of that, yes I'm 15 weeks pregnant right now. Alhamdulillah, so far pregnancy is okay for me. I mean, my morning sicknesses aren't so bad. Masih okay lagi walaupun sedang nak adapt dengan working environment. Letih memang terasa, and makan mesti kene jaga. Tak makan je mesti rasa macam nak pitam.

Pregnancy juga mengajar saya erti tawakal yang sangat. Peh, mmg seriously takada kuasa nak jaga baby yg so close to you, even if it's inside you. Tak boleh buat apa-apa kalau anything is to happen. Trauma keguguran (October lepas) masih bersisa. Setiap hari memang terasa kerisauan. Alhamdulillah. Ini juga tarbiyyah taqarub ilallah. Sentiasa bergantung kepada Allah. Doa sangat-sangat Allah pelihara bayi yang dikandung. Semoga diberi kesempurnaan fizikal, mental serta akhlak terutamanya. Semoga diri ini tak mengabaikan amalan fardhiyyah dan tarbiyyah serta dakwah. Menjadi ibu yang berusaha sedayanya. InsyaAllah. Takut takut dan takut. Tapi itulah, Allah memaksa diri ini bergantung padaNya...

Okay.. semoga semua orang terus positif!!!!


4 comments:

Anonymous said...

slm muna!!

insyaAllah semuanya berjalan dgn lancar!!

mengandung adalah satu pengalaman yg sgt menarik..

tp kn muna time mengandung nie makan je ape yg awk nk mkn nanti bila dah bersalin kene pantang sbb nk ke jaga kesihatan dan sbb nk susuhkn anak..

love you muna!=)

Anonymous said...

muna preggie... (kakak H excited!!!)
Moga Allah permudahkan dan kurniakan yang terbaik ;)

أم الليث said...

Congrats on the pregnancy! Take care.

Heheh "makan apa2 je" tu berpada2 la jugak. Nanti tambah berat banyak sangat, susah nak hilang pulak kikiki

Too bad about kene berpisah ngan hubby for a while..that's gotta be hard. Duk kat rumah mak ke lepas ni?

Anonymous said...

muna sayang.. jaga diri baik2 ok. semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang.. apa2hal, pergantungan mutlak hanya kepada Allah. semoga Allah permudahkan urusan awak.. love u n miss u so much!

hbo