Wednesday, July 9, 2008

18: Gerhana ini

Tiba-tiba cahaya hilang
yang tinggal hanya hitam

Sang burung bertempiaran
mencari sarang..

Si anak singa mengkerekot
Mahu sembunyi
dalam luas yang sedia gelap...

Sang khinzir yang buta
selesa terus dalam kejijikan
tidak hirau akan gelap
kerana tidak kenal indahnya terang

Kukira siang masih panjang
mata ini masih belum saksikan cahaya senja!
mana mungkin malam sudah mengheret kelam..

--

Persada suci dikotori
memalit pendukung dengan najis kebatilan
busuk dan tengik
Lantas persada itu tak layak lagi menyanjung Al-Haq
dalam tangis tak rela kita serahkan
namun sesungguhnya,
Yang maha Benar itulah
Yang juga maha tahu!

Tanah Al-Quds tak akan mengeluh
Selagi tapak-tapak tak berhenti menggemakan bumi
Selagi kaki-kaki intifadha terus berlari, dirasai..
kerana bukankah itu degupan nadi Al-Aqsa?
selagi terdengar, selagi itu harapan terus bertakhta
menghangatkan seluruh darah perjuangan satu dunia

Biar parasit itu terus melingkar
ke setiap urat daun kuntuman-kuntuman lili
Biar kelopak-kelopaknya ditanggal satu-persatu
Biar dipijak dan dilumat sampai hancur..
kerana bukankah wangian lili itu
kan terus bersatu dengan angin lembut sarajevo..
membekal kehidupan buat bosniak yang menghirup
dan dihidu serbia laknat, kan menggelepar mati!..

Langit Kabul masih setia
merindukan layang-layang yang menari berperasaan
walau banyak, masih ada berenang-renang di awangan
bebas dalam penjara bunyi-bunyi dentuman

Harapan takkan mati
Walau beribu nyawa difitnahkan atas nama kuasa
dan langit akan terus merindu..
kerana hujanan bom yang merobek tanah kandahar
walau ia membunuh jiwa, walau seluruhnya,
ia memantulkan rahmat kesedaran
terus diresap menjadi kekuatan
takkan bisa sirna
kerana janji pengabadian
dari-Nya
selamanya!

----

Dan..
Kegelapan ini pasti akan hancur..
dan alam ini, akan disinari fajar lagi..



Completed on the 3rd of July,
minutes before being read during Hari Ummati 2008
Melbourne, Victoria

6 comments:

Anonymous said...

wah wah wah! munah buat sendri ke ni? terenye!!!!! dasatnye ayat2 die..

muna khaider said...

yerla.. buat sendri.. tp last minit.. so ayat tunggang terbalik gakla..
rancang nak wat pjg lg (nk sentuh beberapa negara lain).. tapi tak sempat

Anonymous said...

sedapnye!!!!!!!kagum!!

Uswah said...

woohhoo!!! congratz! balik oz ko compile sajak2 buat buku la! hahaha.. menarik2

About Me said...

muna,nak copy n paste rangkap ke tujuh bleh.bleh la..

nk letak dlm myblog.ngeh2

muna khaider said...

heh.. letaklah :D