Thursday, January 29, 2009

67: Realiti

Aku ingin segera pulang ke daerah itu
Walau kutahu realiti yang kuinginkan itu sudah tidak wujud
Kerana aku rindu dan mahu merasai lagi
Keindahan dalam hodohnya keadaan
Kebahagiaan dalam peritnya perjuangan
Dengan merasakan teguhnya keyakinan
Juga ketenangan jiwa di atas kebenaran.

Saat-saat berharga di daerah itu
Yang mendidik dan mematangkan seorang aku
Aku ingin segera pulang ke daerah itu
Dan merasa kembali setiap detik penuh makna
Walau kutahu yang bakal kutempuh segalanya baru
Realiti yang dahulu sudah tidak wujud
Yang ada hanyalah lain dan asing.

Namun, aku sangat rindu akan realiti itu
Dan sangat aku harapkan ia yang bakal memelukku
Saat aku pulang nanti
Walau kutahu realiti itu sudah tidak wujud.

Dan aku terus bermimpi

Muna Khaider
12:02 am
29 Januari 2009

No comments: