Tuesday, September 30, 2008

36: Sayu ecece

Sangat sayu

Ramadhan is going to end very soon. 4 hours..

Rabbana taqabbal minna..
Taqabbal minna
Taqabbal minna!

Alhamdulillah ala kulli hal...

--

I haven't decided where to go tomorrow. Malaysian hall? Melbourne Uni? ASWJ at Flemington? Clayton? Tengoklah macam mana. Yang penting dapat merasai dan menghayati ruh Eid tu sendiri.

Fitrah sudah kah?

--

"Dan bersabarlah kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan" - 11:115

Semoga Allah redha :)

--

Special dedication for my family, Abah, Mama, Suhaib, Uswah, Hasanah, Ahmad, Safiah, Aliya, Solehah, Hayat, Nuha & Hanaa..

Selamat Hari Raya, maaf (sangat2 maaf 100x) zahir dan batin..
Ingat-ingatlah munah bile makan burasak/ketupat/rendang/sate/baulu bechak (Or in Hasanah's case, makanan2 yg kat ade kat sane la).

Semoga Ramadhan yang (akan) berlalu ini, mentarbiyah diri semua utk berubah, menjadi lebih baik, positif dan lain-lain.. terutamanya taqwa!

Jangan excited sgt raye tu wahai adik beradik ku sayang.. yg penting dapat menghayati kenapa kita beraya in the first place.

Sayang korang, rindu nak balik, tak sabo, tapi lame lagi :(

Hanaa jangan beso cepat-cepat sangat la~

p/s: sila bank in duit raya.. di zaman teknologi tinggi ini, segalanya mudah sahaja :p

Saturday, September 20, 2008

35: Hazas Sobah

Lavender menghias permulaan perjalanan pagi ke Carlton Garden :)


"One year, and here I am again. Do you remember? I never forget. Never will. And I believe, hope never dies. I believe and I hope. And He knows I wish to understand..."


Pakcik-makcik bertaichi. They occupied half of the court. We took the other half. I tried shooting for a couple of times, failed each time, except once when I used netball technique. Huhu. Once a netballer, always a netballer. Takleh main basketball...


Tak sangka di depan REB ada tasik, I never knew. This is REB, our exam hall, remember?


Damainya dirasa~

One thing I'm gonna miss about oz, are all the parks and gardens. Heh, macamlah nak balik for good. Tapi menariklah, how for every beberapa kilometres, mesti ada park. Like today, our main tujuan was Carlton Garden, tapi we passed by 3 parks/taman/ruang lepak-lepak before reaching the garden. (University Square, Lincoln Square and Argyle Square). Menarik tak?

---

Kalimatan habibatan illal rahman
2 kalimah yang dicintai Ar-Rahman

Khafifatan fil lisan, Thaqilatan fil mizan
Ringan di lisan, berat di mizan (timbangan di akhirat)

Subhanallah wa bi hamdih, Subhanallahil azhim.. :)

(heh, sekarang sangat ramai peminat lagu ni.. sedap dan menenangkan..)

----

Original hadith:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua kalimat yang ringan pada lisan - yakni mudah diucapkan, tetapi berat sekali dalam timbangan - di akhirat, dicintai oleh Allah Maha Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallabil 'azhim."

Taken from Riyadhus Salihin hadith no 1405.


Friday, September 19, 2008

34: Terakhir

06/09/08

Mid-sem (Spring) break will start tomorrow. I will have 3 classes today. One lecture, 2 tutorials. Maths, then Special Rel, then Quantum...

Saya tak boleh jadi nakal macam last week. Last Friday I skipped all 3 classes. Masa tu otak tidak dapat berfungsi secara optima.. juga hati, sedang sakit.

Alhamdulillah, masih diizinkan bernafas dalam kesedaran iman. We have our ups and downs, kan. Sangat-sangat mahu istiqamah, sangat-sangat takut Allah tarik nyawa saat kita tengah down. Sebab tu mujahadah kena sangaaaaat! Sangat sangat. Susah, sebab itu it's so totally worth it!

Rahmat betul bila 10 hari-hari terakhir ramadhan jatuh pada masa cuti!
Tak mahu tertipu dengan kerehatan juga!

---

I feel guilty for not reading newspaper often. Terutamanya paper dari negara tercinta. But whenever I try, setiap kali itu juga tekak rasa loya.. dan rimas satu badan.

Sebab tu aku lari~ But that's not the best thing to do. I know.

Menghadapi realiti. Demi mengubah realiti.

InsyaAllah.

---

Satu riwayat yang dibaca pagi tadi selepas subuh (our daily tazkirah) ..
Narrated (Az-Zubair bin 'Adi): We went to Anas bin Malik and complained about the wrong, people were suffering at the hand of Al-Hajjaj. Anas bin Malik said, "Be patient till you meet your Lord, for no time will come upon you but the time following it will be worse than it. I heard that from your prophet s.a.w."
Taken from Summarized Sahih Bukhari (with English Translation), Hadith no 2190.
Perlu lebih kuat kerana hidup makin sukar!

Thursday, September 18, 2008

33: Asbahna

Ibn Umar r.a. relates that Rasulullah s.a.w. said: Do not indulge in long talks without remembering Allah, the Exalted, for much talk without remembrance of Allah hardens the heart, and the person farthest from Allah will be the one who has a hard heart. (Riwayat Tirmizi)
- Taken from Riyadhus Salihin (English Translation)

--

Spring is coming~

Dedaunan malu-malu menampakkan kehijauan..
Putik mula tersenyum riang.. merah, pink, purple~

Alhamdulillah, sehingga saat ini,
saat ini.. terutamanya saat ini...
masih diizinkan bernafas..
dalam kesedaran yang Allah Tuhan sekalian alam..
pencipta segalanya..
pemilik segalanya..
hati ini juga..

Asbahna wa asbaha mulku lillah...
Walhamdulillah! La syarikalahu ..

Dan kepadaNya kita akan kembali.. Wa ilahin nusyur

"Mohon kesedaran setiap saat!"

Tak mo ramadhan berlalu dengan penyesalan.. tak mo. tak mo..

Yok Mujahadah!

Friday, September 12, 2008

32: Ummahat Hurairah

Introducing our new housemate..

Chesty Ramadhani :D


Chesty yang sendirinya memilih our pantry sebagai bilik rasminya. Pandai betul.

Saya baru mahu belajar sayangkan kucing. Sebelum ni takde perasaan.. Geli pun ada. Huhu.

Uswah, blajo jugak meh.

Chesty ni tengah pregnant. Huhu. Makin meriah la umah ni nanti~

----



Melihat alam yang luas, dengan warna-warna yang harmoni.. Subhanallah! Subhanallah!
amat membantu melapangkan hati~

"Ya Allah, sebagaimana Kau lapangkan ruang pandangku, lapangkan juga hatiku.."

Thursday, September 4, 2008

31: Sadaqah

Berkeley St.
03/09/08, 2.15 pm

Macam biasa, saya balik dari kelas lalu jalan ni. Berkeley St, jalan yang diapit Faculty of Musics (selalu terdengar students memainkan instrument masing-masing, dan selalunya terberangan secara otomatiknya juga, mengarut sikit), City Ford workshop dan Faculty of Economics & Commerce yang still under construction.

Angin agak kuat jugaklah. Tapi tu kira biasa.

Ada beberapa barang yang semacam sampah (kertas-kertas renyuk, plastik hitam, etc, so takdela kotor, cuma mencacatkan pandangan) berkeliaran di atas jalan tar itu sendiri mahupun di pavement, laluan paedestrians. Di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Terdetik di minda ku hadis ini:
"On every person's joints or small bones (i.e. fingers and toes), there is sadaqah (charity) every day the sun rises. Doing justice between two people is sadaqah; assisting a man to mount his animal, or lifting up his belongings onto it is sadaqah; a good word is sadaqah; every step you take towards prayer is sadaqah; and removing harmful things from pathways is sadaqah." (Hadis 26 dalam Hadis 40 Imam Nawawi)
Hmm, terdetik juga, nak kutip.. tapi somehow kubiarkan detik hati itu ditiup angin sepoi-sepoi bahasa juga. Lagipun takde tong sampah yang paling dekat. Aku terus berjalan..

Tiba-tiba nampak seorang lelaki berkot kemas. Local. Blonde. Berjalan bertentangan arah dari aku. Dia nampak sampah-sampah itu juga... then dia membongkok dan terus kutip tanpa teragak-agak. Satu, dua, tiga.. lepas tu meneruskan perjalanan dengan selamba, sambil tangan masih memegang sampah-sampah itu...sebab takde tong sampah berdekatan.

Ambik ko, teguran direct dari Allah.

Terase sungguh ~

----

Experiment minggu ini: Michelson Interferometer.


----

Tempat lawatan minggu ini : Melbourne General Cemetery.


----

Dan akhirnya saya sudah dapatkan kembali camera ku~

Monday, September 1, 2008

30: Sedikit lagi

"Ya Allah, pinjamkan sedikit lagi kekuatan~"

Salam MUJAHADAH Ramadhan!~

Alhamdulillah :D