Tadi baru lepas kertas Astrophysics dan Optics. Susah? Senang? Wallahua'lam. Saya cuba untuk jawab sebaik mungkin tetapi usaha untuk menjaga tulisan supaya cantik sedikit daripada biasa tidak berjaya. Semoga pemeriksa dapat faham tulisan yang buruk itu. (Tapi ok kot sebab dah 5 sem peperiksaan di university ini macam ok je pemeriksa tanda walhal tulisan saya beyond comprehension.. tabik la pemeriksa melben uni).
Tak pasti kenapa, tapi musim peperiksaan kali ini sangat mencabar. Sukar sekali untuk saya fokus dan saya amat relaks. Padahal semua subjek susah belaka. Saya tak tahu kenapa saya tak berusaha keras padahal saya amat risau. Saya nak lulus. Saya nak cemerlang. Saya nak sambung honours. Saya tak mahu gagal semester ini.
Addiction. Saya perlu atasinya.
Sedar langsung tidak sama dengan tahu. Langsung tidak sama dengan bertindak.
Saya tahu.
--
Sungguh enak rasa hati bila dapat kuhirup udara segar pagi tadi. Rasa hidup apabila mata memandang awan, pipi merasakan angin sejuk, kesegaran tumbuh-tumbuhan terhidu... Rasa hidup. Sudah lama terperap di dalam rumah, bajet belajar banyak, tetapi hanya Allah yang tahu. Oh Allah, forgive me.....
--
Susah juga menulis skema begini.
Hanya untuk entri kali ini.
Menyeksakan. Heh.
3 comments:
chaiyok2!! kak mun... ^_^
kite pun ade paper last jumaat nih..
moga kite same berjaya!!
Salam.
1. Duduk rumah lama-lama boleh bingung. Keluar sekali sekala main bola ke amik angin ke.
2. Kadang-kadang yang sikit diulangkaji itu yang dapat markah yg lebih baik. Kesimpulannya, banyak ke sikit tu relatif terhadap keberkatan.
3rd perenggan.setuju sesetuju-tujunye.
-dinot- :D
Post a Comment