Monday, July 14, 2008

19: Winter Break


Subhanallah. Lawa kan?
Satu hari di musim sejuk :) yang boleh tahan sejuknyeee.. cuma takde snow, and pokok tu bukan seasonal.

Maaf quality gambar tidak berapa baik, taken using my cameraphone only. I left my camera at a friend's house. Tak ambil2 lagi..

Winter is here. Actually since 2 weeks ago. And Alhamdulillah, dapat ku penuhi dengan perkara-perkara yang diharapkan will be counted as amal dan dianugerahi pahala dan rahmat-Nya.. which I need really2 badly.

Ada lagi 2 minggu sebelum kelas bermula kembali. Result exam hari tu pun dah dapat. Alhamdulillah semuanya ok belaka.

Winter kali ini, aku belajar tentang keyakinan. Dari segala segi atau perspektif. Thank You Allah, Thank You Allah.. and I still have a looooong way to go. Still so many jahiliyah to be thrown away.. so many kotoran2 degil di hati to be cleansed.. guide me throughout.. never leave me.. not even a second, or even less than that..

Something I made..
Let us all.. Fastabiqul Khairat!
(click to see a larger version.. email me if you want a larger2 version, for printing purposes or nething).. hak cipta milik Allah..

Wednesday, July 9, 2008

18: Gerhana ini

Tiba-tiba cahaya hilang
yang tinggal hanya hitam

Sang burung bertempiaran
mencari sarang..

Si anak singa mengkerekot
Mahu sembunyi
dalam luas yang sedia gelap...

Sang khinzir yang buta
selesa terus dalam kejijikan
tidak hirau akan gelap
kerana tidak kenal indahnya terang

Kukira siang masih panjang
mata ini masih belum saksikan cahaya senja!
mana mungkin malam sudah mengheret kelam..

--

Persada suci dikotori
memalit pendukung dengan najis kebatilan
busuk dan tengik
Lantas persada itu tak layak lagi menyanjung Al-Haq
dalam tangis tak rela kita serahkan
namun sesungguhnya,
Yang maha Benar itulah
Yang juga maha tahu!

Tanah Al-Quds tak akan mengeluh
Selagi tapak-tapak tak berhenti menggemakan bumi
Selagi kaki-kaki intifadha terus berlari, dirasai..
kerana bukankah itu degupan nadi Al-Aqsa?
selagi terdengar, selagi itu harapan terus bertakhta
menghangatkan seluruh darah perjuangan satu dunia

Biar parasit itu terus melingkar
ke setiap urat daun kuntuman-kuntuman lili
Biar kelopak-kelopaknya ditanggal satu-persatu
Biar dipijak dan dilumat sampai hancur..
kerana bukankah wangian lili itu
kan terus bersatu dengan angin lembut sarajevo..
membekal kehidupan buat bosniak yang menghirup
dan dihidu serbia laknat, kan menggelepar mati!..

Langit Kabul masih setia
merindukan layang-layang yang menari berperasaan
walau banyak, masih ada berenang-renang di awangan
bebas dalam penjara bunyi-bunyi dentuman

Harapan takkan mati
Walau beribu nyawa difitnahkan atas nama kuasa
dan langit akan terus merindu..
kerana hujanan bom yang merobek tanah kandahar
walau ia membunuh jiwa, walau seluruhnya,
ia memantulkan rahmat kesedaran
terus diresap menjadi kekuatan
takkan bisa sirna
kerana janji pengabadian
dari-Nya
selamanya!

----

Dan..
Kegelapan ini pasti akan hancur..
dan alam ini, akan disinari fajar lagi..



Completed on the 3rd of July,
minutes before being read during Hari Ummati 2008
Melbourne, Victoria

Tuesday, June 24, 2008

17: That day

On the 23rd of June. :)
That was the day of my final exam paper for 1st semester of 2nd year.
So I was semangat sket.
This entry is specially for my sister yang suka tgk gambo je and takmo bace. Heh.


Menuju exam hall. Yup, that's our exam hall. It's actually a heritage building or something. Royal Exhibition Building (REB). Situated just beside Melbourne Museum.


Last minute revision sebelum boleh masuk hall.
Oh, that wasn't me. Like obviously


Alhamdulillah, exam dah habes!
Tengok la bangunan tu. Lawo.
Bergegar2 sebab cam malu amek gambo kat dalam tu. Heh. So tak yakin je pegang hp.


Berpusu-pusu pulang ke rumah!


Kami naik tourist shuttle. REB n sekitar tu kawasan tourist attraction. So adelah shuttle bus. And our house situated very near to the university of melbourne- tourist attraction gak kot, heh. So, shuttle bus ada nearby juga.

Tapi sebenarnya jalan pun tak jauh sangat. Like 15 mins je. Masa paper first tak terfikir pulak nak naik bas. Huhu. On the last day ni baru la terfikir. Itu pun sbb ade org fikirkan. (Housemate paper sama waktu hr tu.. before tu sorang2 g and balik umah)

Alhamdulillah ala kulli hal :)

Bismillahi tawakkaltu alallah ...

Thursday, June 19, 2008

16: Quickie

Salam all..
Kepada yang ask me to update.. heh. Maaf, exam tak abes lagi. I just let the pics tell my story for this past weeks je la..(n my elaborations sikit2)


This was in Copland Theatre, University of Melbourne. There was a talk by Sheikh Yusuf Estes. Ever heard of him? Oh the talk amat best. It was held on 2 nights. Last Saturday and Sunday. I wanted to write about the isi of the talk, in fact, ada I've written a bit, but still in draft. Tak siap lagi so takleh post. Nak write byk2 rasa bersalah because I still got 2000 words to go for my History of Astronomy nye essay. Has to be submitted this friday. But one important point is: Islam is so beautiful! Alhamdulillah3! He allows me to feel this...

This was yesterday, in the Royal Exhibition Building (REB), where all my exams are held. Yesterday was Quantum Mechanics & Thermal Physics paper. Alhamdulillah ok insyaAllah. Cuma ada one thing that I'm sure salah. 20 marks kot.. entahlah. Huhu. Stupid assumption that I made.. mase buat the assumption macam belagak pandai.. huhu.

Ape-ape pun, bismillahi tawakaltu alallah..

Oh, gambar diambil masa dah abes exam. So no worries ok..


Ni keadaan sekarang. Sedang (kononnya) bertunggus-lumus menyiapkan essay. Tak duduk bilik sebab sejuk. So bersetinggan kat living room.. bermejakan ironing board. Huhu. This essay is to be submitted tomorrow before 12 am.

----

Then, kene accelerate for my last paper this Monday, Vector Analysis.

Bila exam period ni, amat terasa kering. Huhu. You know what I mean. So peringatan buat diri yang kene bermujahadah utk membasahkan hati...

Sepatutnya bila time ginilah lagi rasa near with our Creator.. yela.. mase examlah barulah kita sedar akan erti tawakal.. erti usaha.. erti susah payah.. erti kepasrahan.. erti redha.. and erti how He tak menyia-nyiakan segala usaha kita.. How He likes to hear us keep on praying and hoping, pergantungan hanya kepada DIA yang maha berkuasa atas segala sesuatu... and He knows what best for us.. masa sekarang nilah dapat kita apply all the 'theory2' itu.. the right reaction at the right time..

Oh Allah, guide me throughout..

.. dan barulah akan terasa amat indah sekali.. indah sekali Ya Allah!

--
Huh, let the pics tell the story konon...

Wednesday, June 11, 2008

15: Esok

Tomorrow is my first exam paper.
Astrophysics and Optics II. 9.30 am waktu Melbourne. 7.30 am waktu Malaysia. 3 hours.

Abah, mama, suhaib, uswah, hasanah, ahmad, safiah, aliya, solehah, hayat. nuha (dan hanaa'!) sila doakan!!

---

Di mana Allah dalam tawakalmu?

Di mana Allah dalam rindumu?

Di mana Allah dalam takutmu?


Di mana Allah dalam harapmu?

Di mana Allah dalam hatimu?

Monday, June 9, 2008

14: Blessed

Ya Allah, forgive me when I whine....

I cannot even start counting Your infinite blessing.

--

People always ask what yd in my email stands for. It's yang diberkati. Blessed. The meaning of my name.

--

At the same time you'll feel scared. Hope and fear.. hope and fear..

Tentang masa depan yang misteri~ hoho.

--

At the same time you'll tend to question..

tend to realize..

it's because I'm so weak,
incapable of enduring that kind of trials..

--

Ya Allah,
teguhkan aku..

kerana aku sudah katakan aku mahu..

maka teguhkan aku!

Tuesday, June 3, 2008

13: Alasan

This is my favorite building in uni. It's so lawo. So castle-like. Reminds me of my dream when I was in school. I've always wanted to study overseas because I want to study in a uni that has harry-potter-like building... heh.. Zaman mude-mude dulu~ I never thought I can get over my obsession with Harry Potter.. tetapi berjaya juga :)

One of my lepak-place at uni before going into lecture hall. Mendamaikan, dan sejuk! (sekarang la.. mase summer panas kot!).

"Muna, kalau nak amek gambo gini, kene guna DSLR la... "

huhu.. one of my friend said to me when she saw all the pictures I captured.. huhu.
Fasbir, Muna! heh. Nantila, satu hari bila sudah bersedia~ heh.

Actually I have to study. I'm searching for alasan demi alasan not to study.. tadi berbual with family, ngan abah, ngan mama, ngan uswah, ngan hanaa, ngan nuha~

But I guess now I've ran out of alasan sudah.

Oh Muna, silalah study!!

Yosh!! Bermujahadahlah!!!

Ops, solat maghrib dulu :)