Wednesday, August 20, 2008

26: Of Cheng and Isabella

At Ballieu Library, 11:45 am.

"Excuse me!" Tiba-tiba aku terdengar. Terbantut langkah laju ku. Aku pandang arah suara tadi. Oh, seorang perempuan local, rambut coklat. Comel.

"Excuse me, are you going downstairs?" Dia bertanya. Aku terdiam jap. Tak, aku nak cari buku. Bukan nak ke bawah. Nak cari buku Cheng. Cheng. Cheng. Kena cepat, 15 minit lagi tute nak mula. Nak cari buku Cheng. Buku Cheng!

"Um, no. I'm looking for my book.." Aku baru nak teruskan langkah balik. Dia macam kecewa. Baru aku perasan sebelah dia bertimbun buku. 2 piles of books, satu timbun ade dalam berbelas buku.

Hoh, banyak nye. Oo.. kalau org nak gi bawah maybe dia nak minta tolong bawakkan sikit. Tapi aku nak cari buku kat level ni.. so tak dapat nak tolong.. buku Cheng!

Niat dalam hati aku mmg nekad nak teruskan langkah cari buku. Tapi somehow terpacul dari mulutku..

"Oh, you need help with those?" Terus laju aku mendekati dia. Dia tersenyum lega.

"Yes! Thanks so much!. Just help me with this one.." Aku grab satu pile buku. Hoho. Dan kami pun berjalan seiring.. "No worries!" Aku laju cakap kat dia gitu. Wah, bile lagi boleh ber 'no worries' ngan derang ni.. haha.

"Oh, I need to buy another bag!" Dia mengomel sendiri. Di tangan kanan satu beg biru penuh dengan buku, dan di tangan kiri ada beberape keping lagi buku.

"Are you doing research or something?" Aku menjeling sikit ke tajuk buku-buku dia.

Politics, Israel, Policy... Hoh, buat research ape ni, pasal Israel.. Adekah seorang Jewish! Adekah kerana itu dia pilih aku utk tolong dia? Biar aku tgk die tengah buat research pasal ape?? Yela, aku kan pakai tudung..tadi ramai je orang lalu-lalang seblah die, tapi die tak panggil pun..


Laju aku mengomel dalam hati jugak.

"Yup! Gotta work hard on this one.. Oh, thank you so much! That's so nice of you" Kami nak dekat sampai kaunter pinjam buku yang self-service tu.

"Just put those over here.. Oh Thank you so much! It's very fortunate to meet you in here! Jazakillahu khayr!"

Apekah itu yang kudengar? Jazakillah?

"No worries, no worries! It's nothing.... heh, are you a muslim?"

"Oh yes. I'm Isabella!"

"Oh okay! I'm Maimunah!" Aku dah semangat. Wah, muslim rupenye.

"Nice to meet you Maimunah! Okay, Jazakillahu khayr!"

Aku berlalu sambil tersenyum. Oh. Oh!

Pastu terus ke atas balik, nak carik buku Cheng. Tapi tak jumpa jugak. Dah borrowed by others. Tapi aku tak kesah dah pasal tu. Aku terdiam jap teringatkan peristiwa tadi.

A simple incident, yet it gives me 1000s meanings.

It reflects my stand, my decision-making, my prejudice, my negative thoughts, my bad judgement.

It reflects today's world, its people, the conflict, the misunderstanding, the trust, the fear, the emphathy, the same feelings that Muslims all over the world share, the HOPE.

And somehow I feel the GRAND PLAN. By Allah the Almighty.

And how sangat-sangat terasa how important is every decision, guided by HIM.

Oh, hati ku ini masih berkarat-karat, berkotoran degil!

5 comments:

Aneesah said...

^_^ Such a small but poignant incident kan? Thank you for writing, cam scene dalam novel or something. :P Heheh. :)

muna khaider said...

Aneesah, heh. Novel? haha.. tula.. entah bape kali i repeated perkataan 'laju'.. nampak sgt tak reti nak karang2 cite ni.. limited vocab!

mama said...

dalam dakwah, kita bukan hanya perlukan kebijaksanaan,tapi lebih2 lagi ketakwaan n always a kind heart..i see those elements in you my dear..keep them up! mabruk, ilove u!

muna khaider said...

dlm blog mestila bertapis, ma.. huhuhu..tp, ameeeeen... n you know me better :D

luv you tooooooo!!! muahmuahmuahmuah

Anonymous said...

teringat kisah Nabi SAW lepas turun dari gua hira' dibawa berjumpa oleh Khadijah RA kepada ahli kitab Waraqah bin Naufal. My mathematical analysis tutes pun Jewish. I'm afraid but somehow proud of it. Because I'm a Muslim