Tuesday, May 26, 2009

98: Dhiya'

Heee... tak sabo. Tatau kenapa kali ni rasa sangat-sangat nak balik. Walaupun tau kejap je. And mesti sgt restless nanti. Tak sempat nak buat apa. Tapi sebab tau, ada comfort di sana. Sangat-sangat nak balik. I need a break from Melbourne, I guess.

But before that, kena mujahadah siapkan scientific journal ni! Lepas tu boleh balik dengan aman, insyaAllah... 

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Moga-moga bila balik nanti dapat dikumpul kekuatan ... utk segalanya yg perlu dihadapi di sini. InsyaAllah.. biiznillah.. 

Sebab sampai sini balik, kena full force mujahadah!!

First paper on the 16th . Then 19th then 25th..

Allahummansurni.. 

Walhamdulillah ala kulli hal.. 

(Sebab saya penat berdepressi.. saya mahu kembali)


Having your name, paired up with one of the world prestigious universities, is somewhat surreal..

Wednesday, May 20, 2009

97: Syukur

Alhamdulillah Alhamdulillah..

Rasa sangat gembira petang ni.

Alhamdulillah.

Habis sudah presentation ketiga untuk semester ini.

Now, full force utk 3 assignments and 1 journal!

One week, then, Malaysia :) 

Ya Allah.. relievednye. Tadi presentation ok la jugak kot. Huhu. Not as bad as my astrophysics presentation sebab mase tu I was the only international student. So my bad english sangat evident la saat itu. Nervous tak terkata. Tapi tadi kelas ramai kawan2 yg lain gak. So relax sket and I understand the topic jugak. Go go plasmonics! 

And sgt rasa segalanya dipermudahkanNya. Kami buat sgt la last minute. Last minute jugak tukar tajuk since lecturer taknak topic overlap with other group. So dan dan tu jugak pilih tajuk Plasmonics. Masa pilih tu mmg takda idea langsung tentang tu. Apekebendenyelah plasmonics ni. Huhu. Tapi turns out tajuk ni interesting jugak!

Sgt rasa segalanya dipermudah. Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Then terdetik kat hati. Oh, bila Allah bagi kesenangan baru rasa best. Baru laju je mengucapkan syukur. Susah betul ye nak rasa segalanya nikmat Allah. Even at times of ujian. Ujian tu patut buat kita lebih bersyukur. Tapi tula, sgt susah...

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua utk menjadi hambaNya yang bersyukur at all times. AT ALL TIMES. 

--

Tadi dapat balik assignment for Statistical Physics. Lecturer rajin pulah hari ni nak panggil nama satu persatu dengan sesuka hatinya menyebut segala nama dengan salahnya. Australia kan is a diverse country, org migrate from all over the world. So last name orang, even locals, pelik2 sekali. 

Tapi tadi Esther tak tahan gelak bila lecturer tried sangat nak sebut my name correctly.

Mei...may..na... Ka..hed.. ron?? 

Sesuka hati dia aje.. huhu.

Kahedron, abah?

--

Esok ada strike kat uni. Orang-orang mogok. Ada lecturer yang mogok. Ada la banyak isu, yg saya tak berapa tau. Tapi 2 classes are cancelled. Ada sorang lg lecturer rajin pulak nak go ahead with his lecture. Huhu.. so satu kelas je tomorrow. Alhamdulillah. Banyaklah masa insyaAllah utk siapkan the second Stat Physics assignment.

Sunday, May 17, 2009

96: Rebellious

Saya sedang menjadi nakal. 

2 weeks of lectures left. But there are still one presentation, 3 assignments, and one lab journal to be done. In just 2 weeks. At this point, I shouldn't be able to relax. I should be working very very very hard right now. Sangat banyak kerja. 

I'm panicking. But my actions reflect just the opposite.

I need to wake up!! 

Sila stay up malam ni okay??

End this rebellion period already, Mai!!

---

Work hard, pray harder...
At this time of the year, sering kali buat diri teringat kenangan-kenangan lama.. 
Work hard, pray harder, have faith!!

HAVE FAITH...
STAY STRONG...

KEEP ON SWIMMING.. KEEP ON SWIMMING ..

Thursday, May 14, 2009

95: My superwoman (other than my dearest mama)

Again,
I rarely copypaste. But today is exceptional. I am so proud to be a grand-daughter of a superwoman...

Taken from 

Oh, ye. My mum is the 5th out of my grandma 13 children (yg alive... 17 orang kalau included yg dah meninggal dunia masa kecik lg)

---

Emak Aku Adalah "Women Of Substances" - Ibu Madrasah Pertama Ku




AlhamdulilLah. Itulah ucapan pertama ku apabila mendapat berita ini dari sahabat ku ini. Sahabat ku ini telah berkongsi berita gembira bahawa, penulisan beliau berkaitan ibunya di dalam buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku", dengan izin Allah telah menyebabkan emak yang sangat disayanginya ini mendapat anugerah "Ibu Mithali" peringkat negeri Johor dari Muslimat PAS Johor.

Tahniah untuk sahabatku Ir Endok dan ibunya Puan Hajah Sakinah Abdul Hamid yang merupakan salah seorang penulis dalam buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku". Keistimewaan lain ibu ini ialah kecintaan terhadap ilmu, dimana beliau sudah tamat mengikuti Latihan ESQ dan dapat pulak memujuk 13 orang anak-anaknya mengikuti Latihan ESQ ini. Lagi sekali tahniah! kerana ia merupakan satu rekod!



(Ir Endok Bersama Ibunya, Hajah Sakinah Serta Dua Orang Adiknya)


Tentu kalian ingin tahu, kenapakah ibu yang mulia ini terpilih sebagai ibu Mithali? Ikutilah kisah beliau yang dinukilkan oleh anaknda beliau, Ir Endok Sempo Mohd Tahir


Emak Aku Adalah ‘Women Of Substances’
Ir Endok Sempo binti M Tahir-
M & E Consulting Engineers
 


”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Sudah terlalu lama aku pendamkan niat ini. Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, aku sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas. Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa inilah aku terasa benar-benar memerlukan kehadiran emak di sisi.

Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, masa sakitlah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan aku menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih-tindih. Jelas wajah kasih dan simpati emak. Terasa kelembutan sentuhan emak dan motivasi emak mengalir dalam diri.

Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi aku sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja. Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jati diri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.

Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi

Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islam nya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sungai Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek aku. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ‘guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah aku menantu mereka.

Pada tahun 1949, ayah aku menjadi menantu idaman datuk aku. Emak aku, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa dia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak di kala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil se muda itu (anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zamannya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.

Sepatah kata emak, takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan, menghidupkan dan mendidik anak-anak semuanya tidak sia-sia.

Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ‘pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.

Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’

Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu di kala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda.

Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahawa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agama Nya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya.

Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Doa emak hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya yang teramat muda itu. ...

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Ibu mithali ini, dapatkanlah buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" . Maklumat lanjut tentang buku Ibu Madrasah Pertama Ku ini boleh didapati dengan menghubungi, Roha Hassan (012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

Ibu Madrasah Pertama Ku Akan Ke Udara Di Radio IKIM
InsyaAllah perkongsian oleh para penyumbang penulisan dalam buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku akan ke udara di radio IKIM dalam slot dokumentari jam 10.30 pg, jumaat 15 Mei 2009.
Antara penulis yang akan berkongsi tentang ibu masing-masing dalam slot ini ialah Roha Hassan, Dr Harlina Halizah Siraj, Puan Anfaal Saari dan ibu, Puan Aliza Jaafar serta Ir Endok dan ibu, Hajah Sakinah.

(Rakaman Oleh Team Radio IKIM Yang Diketuai Oleh Puan Fairus Di KJIM)

(Rakaman slot Ibu Madrasah Pertama Ku Oleh Radio IKIM)

Apa tunggu lagi! Dapatkan Buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" untuk mengetahui kisah-kisah 23 orang ibu yang ditulis oleh 25 orang anak. Maklumat lanjut tentang buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ini boleh diperolehi daripada Roha Hassan(012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

Tuesday, May 12, 2009

94: Dates

14 May - Astrophysics presentation
15 May - Astrophysics Essay due
20 May - Quantum Mechanics presentation
22 May - Statistical Physics assignment due
28 May - Lab Journal due
29 May - Optics assignment due
29 May - Balik Malaysia!!
03 Jun - Balik Melbourne!!
05 Jun - Quantum Mechanics assignment due
16 Jun - Astrophysics & Optics exam
19 Jun - Quantum Mechanics Exam
25 Jun - Statistical Physics exam

Dengan due dates and exams yang beratur macam ni, berani lagi balik Malaysia???

(Tengah agak stress atas sebab-sebab yang obvious! Doakan lah!)

Monday, May 11, 2009

93:

I'm loving the walk to and from classes. I love autumn!

---

I love beaches too! The colour of the sea yesterday was yummyyyy...

--

3 weeks before I reach home again. Semalam call mama lebih sejam. Huh, macam-macam cerita. Can't wait to go back, Mummy. 

Happiness and tragedies berganti-ganti dan berlaku pada masa yang sama.

Semoga semuanya tabah!!!!!!

Dengan kekuatan Allah, akan membantumu~

Afterall semuanya berlaku atas kehendak Dia. Ujian dan tarbiyah buat each and everyone of us. 

I love my big family. I love you all. I love you!!! 

Love from Melbourne,
Munah.

Monday, May 4, 2009

92: Baba Ali

Last Sunday my housemates and I were given the chance to attend this:


What can I say? I had a culture shock. Heh. This was my first time attending such event. Stand-up comedy stuff. Not all will agree to such events I guess. The seats are not segregated. And there were lots of laughter, hand-clapping, and hu-ha hu-ha things. 


On the stage, from left: Muhammad El-Leissy, Baba Ali, Khalid Khalafalla, Scott Fraser (He's a revert) and Nazeem Hussain (the host that night)...

Nevertheless, it was one memorable and great event! Baba Ali was as funny as he was in his videos. And we got to see some other local Muslim comedians. And its quite a relief when their jokes weren't exegeratted. Baba Ali did mention something like, "we can make jokes, but we will never lie or make something up.. all the events/jokes I tell are all based on true events.. I don't lie" or something along that line.

Those who don't know who Baba Ali is, go search his videos at youtube. You don't know what you've missed!

p/s: you might notice my picture quality is getting worse. My phone's camera dah rosak sket kot sebab phone tu asik jatuh je.. call orang pun dah tak betul. Sigh.. I need a new camera, at least before our trip to New Zealand!