Hari ni kelas start pukul 4.15 pm. Ya tuan-tuan dan puan-puan. The last slot for the day. And it's friday... biasanya Jumaat org akan habis awal2. Of all slots, kenapalah mesti pilih slot itu. Sungguh mengujakan untuk dituang. Tetapi, kita mujahadah, yo?
Terasa bagaikan mahu ke pantai...
--
Pernah tak rasa sangat rindu?
--
Fiction mode on..
--
Quran dicapai. Jari laju membuka semuka demi semuka, mencari tanda yang ditinggalkan dulu untuk menyambung bacaan. Okay, jumpa. Lama helaian-helaian itu tidak berselak. Tanda yang ditinggalkan itu sudah lama tidak berganjak.
Dia masih duduk bersila di atas sejadah. Usai solat Duha sudah setengah jam, dia masih di situ, di atas sejadah merah putih kelabu. Sujud selepas salam lama.. dan meluahkan segala rasa kepada Allah, As-Sami'.. Menghambur segala air mata yang selama ini ditahan. Allah Al-Basir...
Tenang waktu Duha menambahkan mood dia untuk melayan permintaan hati yang sangat rindu. Surah Al-Ahqaf.. bacaan dimulakan, tartil sedayanya. Selesai ayat kedua, seketika itu juga cahaya menerjah masuk dari tingkap bilik, menyilaukan pandangannya. Allah An-Nur... tidak semena-mena air matanya berjatuhan lagi. Sangat-sangat rindu, Ya Allah.. Al-Wadud...
Satu muka dihabiskan.. satu muka lagi. Hati bagai disentap-sentap setiap kali diri dapat menangkap maksud ayat-ayat dalam bahasa arab itu. Sampai ayat ke 13.. dia terhenti dan terfikir panjang... sedih, kesal, segalanya...
".. la khaufun 'alaihim, walahum yahzanun.."
Mahu merasakan itu juga. Mahu! Setiap hari, dirinya dirundung gelisah, setiap hari merasakan tekanan, setiap hari setiap jam setiap saat merasakan kerisauan dan kemurungan.. tetapi mereka ini, "Tidak ada rasa khawatir pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.." Aku mahu juga, Ya Allah.... oh, tetapi mereka itu mengatakan "rabbunallah thummas taqamu.."
Oh, baru dia tersentak.. mereka itu, bila mengatakan beriman, mereka terus beristiqamah.. tetapi, diriku?? diriku oh diriku??
---
Fiction mode off
---
Tak habis tulis lagi, tapi macam tak reti nak sambung. Pointnya yang pada awalnya ada dikepala, masih tidak disampaikan lagi.. huhu. Tapi takpe, try again later, insyaAllah...
Anyway, minggu ni agak kelam-kabut hidupku. Lab baru start. Terus penuh jadual with 12 hours of lab works. Biasanya bila lab, by the time dah reach 4th hour tu, rasa otak cam panas semacam je. Nak fikir pun tak larat. Semalam pulak, partner decided to do advanced exercise masa last-last tu.. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa penatnye otak rasa..
And this week pun, computer decided to acting up. Virus kot. Selama 3 hari takde computer cam rasa sungguh handicapped. Day 1, I didn't do anything to solve the problem. Comp rosak, so what. Terbiar aje diatas meja. Day 2, call abang, call abah, call kawan, tanya2 apa boleh buat, apa kena buat, boleh tolong tak etc2. Day 3, macam taknak menyusahkan orang nak menghantar laptop ke sana ke mari etc, baru igt yang laptop ni comes with cd windows.. pasrahlah, format aje, kite try. So install balik windows, dan alhamdulillah setakat ni dah oklah my laptop ni. And files2 semua tak hilang. Alhamdulillah.
Bila bace balik paragraph di atas (teringat yang sorang lecturer ni sangat emo bila orang sebut graph macam 'greph' .. it's grAph!) rasa macam takde mende nye sebenarnya, tap bila real life rasa cam sgt kelam-kabut. Haih. Time management, priority management, life management.. hmm.
Friday, August 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment