Monday, August 31, 2009

117: Refleksion

Bismillah.. semoga you all tabah membaca post ini, heh. Agak random dan tidak dirangka dahulu.

kononnye work-in-progress

Sebenarnya sungguh mengujikan bila pagi-pagi free dan petang baru start kelas, bila semua orang dah balik dan dah habis kelas. Ada satu test Jumaat ni, dan ada assignment to be submitted Isnin depan. Next week dah ada lab, Advanced X-Ray diffraction. Lab tu, akan berjalan selama 4 minggu! tak tahu kenapa hati tergerak nak pilih lab yang tu padahal kalau nak ikut neraca minat, mesti akan pilih Radio Telescope... (boleh pilih one from three research experience lab work) .. pilihan dibuat dalam masa 10 saat. Huhuhuhu. Nyesal? Kuserahkan segalanya kepada Allah... hati tenang.

Pagi tadi, try baca nota untuk test, baru 3 lectures dibaca, dah tertidur nyenyak siap mimpi ter-electrocuted. Sakit terasa sampai terbangun. Serius sakit.

Ok, nak try baca lagi.. lepas tu otak reason-reason cakap kene cari mood. Teringat yang dah lama tak melukis. Rindu. Huhu. Dah berkarat. Jadilah lukisan in-progress di atas tu. Sungguh sudah berkarat (atau sememangnya tak reti melukis haha). Tak reti lukis tangan aa..tengok la kat atas tu, tangan cam hape..need to add more work to it.

Hati berangan nak lukis and then nak buat something, letak ayat2 ke buat wallpaper ke.. yg kononnye bleh bawa manfaat kat orang. Sebab rasa cam, membazirnya kalau buat sesuatu hanya sebab nak memuaskan nafsu melukis dan membuang masa... might as well gain something from it, walaupun sebenarnya takdela berbakat mana.

Sangat banyak nak cerita sebenarnya.. tapi masa agak suntuk (dan aku lagi bazirkan masa dengan melukis? sungguh ironi!!).. tapi nak cakap yang rasa seronoklah. Kalau tak sambung honours next year, this will be my last ramadhan here (oh, suddenly rasa sebak). Ramadhan ketiga... rasa cam "waaaa sayangnye.. banyak lagi tak discover and tak experience bende2 di melbourne nih" ..

Lt Pelham St Musolla

Fatih Mosque

Preston Mosque

So semalam kami terawikh di Omar Al-Khattab Mosque, Preston. Tadi kami terawikh di Fatih Mosque, Coburg. Kebanyakan malam kami terawikh di Lt Pelham St Musolla (Uni of Melbourne's yang terletak walking distance from our home sweet home). Dah masuk 11 Ramadhan .. semoga Allah memberi keizinan kepada diriku untuk mendapat experience2 yang berharga lagi... Sungguh seronok bila dapat merasai pelbagai suasana. Sungguh seronok. Kepelbagaian Imam dan cara bacaan masing-masing..kepelbagaian culture .. kepelbagaian segalanya..

Masjid-masjid yang masih belum berkesempatan utk di discover.. ICV (Islamic Council of Victoria), North Melbourne's, Brunswick's, Carlton's, RMIT's , Dandenong's! ... Oh, nak ke Malaysian Hall juga. Hati selalu berniat mahu ke sana, namun selalu things came up. Mungkin Sabtu ni.

Tadi masa terawikh Imam baca juzu' 12.. surah Hud. Sebelum start solat, ada sorang pakcik (tak pasti Imam ke tak.. housemate kata Tawfique Chowdury tapi tidak dapat disahkan walaupun beliau amat yakin) bagi short summary tentang apa yang akan dibaca dan pengajaran darinya. Korang boleh la rujuk apa isi surah tu dengan membaca surah tersebut. Mainly Allah ceritakan tentang kaum-kaum terdahulu yang diazab.. kaum Nabi Nuh.. kemudian kaum Ad.. kemudian kaum Thamud.. kemudian kaum Nabi Lut..

Lepas tu start terawikh... suara imam mendayu membacakan firman-firman Allah yang mengisahkan cerita-cerita tersebut.. sungguh terasa.. aku dapat tangkap makna sikit2 dari some perkataan yang agak common.. baru terasa syukur yang amat sangat kerana aku ada basic arabic.. and syukur dapat faham walaupun sedikit.. at least dapat tangkap kat part mana imam tengah baca.. dapat bayangkan macammana Nabi Nuh memujuk anaknya.. macammana Nabi Nuh mengadu kat Allah.. selamatkan anaknya.. dia anaknya!.. macammana Nabi Nuh meminta ampun dan memohon perlindungan kepada Allah daripada dirinya meminta perkara-perkara yang tak diketahui hakikatnya...... dan banyak lagi... dan banyak lagi..

dengan limitednye my arabic sungguh terasa lain level penghayatan berbanding dulu (bila tak cuba utk memahami..) ..... sungguh terasa jealous kepada mereka yang faham arabic.. mesti mereka dapat lebih menghayati.... InsyaAllah akan terus berusaha utk belajar!

Sungguh sebenarnya baru terasa bermakna sangat-sangat solat bila faham makna-maknanya.......... indescribable!!!! Berada di hadapan Allah, tunduk.. dan menuturkan firman-firmannya sendiri di hadapanNya... Ya Allah aku bersaksi aku sudah membaca firman-firmanMu ini..... lalu tiada alasan lagi untuk mengatakan aku tak ketahui..........

--

Rezeki masa ramadhan ni tak putus-putus :)

Alhamdulillah ala kulli hal....

Maryam's masterpiece.. ingat tak picture of a girl yg i put up a few posts back? Ha, Maryam itulah! Tadi iftar dirumahnya.. umminya masak nasi bukhari.. :)

--

Banyaknye nak cerita..
tapi..

one thing for sure..

SANGAT RINDU FAMILY KOT!!!


No comments: