Sunday, May 11, 2008

3: Takut dan Harap

Aku benci dengan rasa takut ini
Aku benci dengan rasa tidak yakin ini
Aku benci dengan rasa insufficient ini
Aku benci dengan rasa insecured ini
Aku benci aku begini

Sungguh aku tak mahu tercicir, Tuhan!
Sungguh aku tak mahu melihat dengan lirikan cemburu yang amat..
pabila mereka semua beriringan, berpegang tangan.. melepasi gerbang jannah-Mu
tanpa aku..
Sungguh aku tak mahu Kau berpaling dariku, Tuhan!
pabila hidayah-hidayah-Mu menyapa dan terus menyapa namun aku tetap degil termangu
Sungguh aku amat takut, Tuhan!
Aku yang tiada apa...terus menerus takabur dan riya' dihadapan para pejuang-Mu yang sejati..
Sungguh aku malu, Tuhan!
Diriku yang sentiasa berdosa terus Kau limpahi rahmat-Mu..

Aku ingin merasa cintaMu.. sungguh aku ingin...
Tatkala setiap sujudku tidak kurasakan nikmat..
Tatkala setiap rukukku tidak kurasakan tunduk..
Tatkala setiap lafaz syahadah dibibir tidak kurasakan getar..
Aku tahu aku jauh sekali, Yaaaa Raqeeb..

No comments: