Hari ini aku tak dapat menahan tangis. Dalam theatrette (mini lecture hall) sebelum menunggu lecturer masuk, aku macam biasa membelek newspaper. Berita utama tentang earthquake di China. Around (or reaching) 10,000 deaths. Sebaris demi sebaris ayat berita aku baca. Semakin aku rasa tak boleh bernafas. Sakit dada. Aku ingin menangis. And I did.
Entah ye, mengapa aku terasa begini. Deaths. Deaths. Thousands of deaths serentak. Di Myanmar masih belum reda. China pula menambah statistik.
Ini bukan kebetulan. Dunia makin tenat dan makin penat menanggung manusia. Mungkin bumi merasa sedikit kelegaan pabila Allah mengizinkan ia melepaskan tekanannya. Bayangkan betapa tensi nya bumi. Manusia membuat kerosakan, sesuka hatinya. Menyakitinya.. tidak mempedulikan haknya. Bukan dia tidak boleh bila-bila masa saja membenamkan seluruh manusia.. Namun dia adalah hamba yang taat. Sentiasa tunduk dan patuh atas perintah Allah.
Ini bukan kebetulan. Allahlah yang memegang nyawa manusia sekaliannya. Apa ya yang mahu disampaikan pabila Dia menarik berpuluh ribu nyawa sekaligus.
Apa kita semua tidak mahu berfikir? Mahu jadi statistik juga?
Wednesday, May 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment